Galeri Qurban

Qurban Kemboja

Setiap tahun sejak 2012 Abir Travel & Tours Sdn Bhd telah menganjurkan Program Qurban Kemboja. Kami membawa peserta-peserta Qurban Kemboja merasai dan menyelami sendiri pengalaman berharga melihat kehidupan daif masyarakat Muslim Champa di daerah pedalaman Kemboja.

Ketibaan Rombongan Peserta Qurban Kemboja

Selama 14 tahun menjalankan misi membawa amanah dan peserta² Qurban Kemboja, Abir Travel telah mengenali beberapa keluarga angkat di Daerah Kampot, Selatan Kemboja. Dengan keluarga angkat ini, lebih memudahkan urusan kami menyediakan urusan tempat tinggal makan & minum bagi peserta² Qurban dari Malaysia yang turut serta dalam setiap rombongan Qurban Kemboja.

Perjalanan Rombongan Peserta Qurban Menuju Kampung Kampot

Selama 14 tahun ini jugalah masyarakat Muslim Champa khususnya di Kampung Kampot, Kemboja Selatan ini menanti kehadiran kami setiap tahun membawa sumbangan untuk mereka. Kelihatan keceriaan di wajah² keluarga Muslim Champa ini menyambut kehadiran kami dengan membawa sedikit sumbangan untuk mereka.

Sesi Beramah Mesra & Pemberian Sumbangan

Antara Sumbangan yang dibawa oleh rombongan Peserta² Qurban Malaysia adalah barangan dapur seperti makanan asas dan barangan berupa pakaian untuk lelaki, wanita & kanak² serta pakaian sekolah.

Antara Barangan Sumbangan Yang Dibawa

Tahun ini Qurban Kemboja akan kembali, insya Allah, membawa Peserta² Qurban Kemboja 2026 pula untuk menemui lagi keluarga² Muslim Champa di Kampung Kampot meneruskan program pemberian sumbangan serta melakukan Ibadah Qurban yang telah 14 tahun kami anjurkan bersama keluarga² angkat kita di sana. Jom sertai kami sementara slot sasaran 30 ekor lembu & kambing masih ada. Harga (1 Bahagian Lembu Qurban Kemboja) bermula RM380 sahaja..!

Proses Menanda Nama² Peserta Qurban Untuk 7 Bahagian Lembu

Proses Sembelihan Lembu & Kambing dilakukan pada 10 Zulhijjah, iaitu pada Hari Raya Qurba pertama bersama masyarakat Muslim Champa Kampung Kampot. Lebih kurang 30 ekor lembu & kambing para Peserta Qurban berjaya disempurnakan proses sembelihan dan dilakukan agihan kepada masyarakat Muslim Champa di Kampung Kampot serta kampung² berhampiran.

Proses Penyembelihan Qurban Lembu

Sementara 1 kumpulan melaksanakan proses sembelihan Lembu, 1 kumpulan lagi menyempurnakan proses sembelihan Kambing untuk Peserta Qurban pada 10 Zulhijjah, iaitu pada Hari Raya Qurba pertama bersama masyarakat Muslim Champa di sana.

Proses Penyembelihan Qurban & Aqiqah Kambing

Selesai urusan sembelihan dan melapah daging, kumpulan Muslimah Champa menguruskan proses masakan gaya orang² Kampung Kampot. Rombongan Peserta Qurban Kemboja dapat bersama² menikmati hidangan makanan sempena Hari Raya Qurban dengan ‘makanan tradisi’ cara masakan masyarakat Muslim Champa Kampung Kampot.

Peserta Qurban Malaysia Menikmati Kenduri Raya Qurban Bersama²

Jom sertai Abir Travel & Tours Sdn Bhd dalam Program Qurban Kemboja untuk tahun 2026 ini. Lihat pakej² Qurban 1 Ekor Kambing, 1 Bahagian Lembu, 1 Ekor Lembu dan Pakej Sertai Rombongan Ke Kemboja dengan 1 Bahagian Lembu. Tekan button Program Qurban 2026 di bawah.

Scroll to Top