Abir Travel & Tours Sdn Bhd (No. Pen.: 202201041639) merupakan sebuah syarikat pelancongan berlesen yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC: KKKP10961).
Sejak tahun 2002, kami memberi fokus kepada pengendalian pakej Umrah & Ziarah dengan komitmen tinggi dalam memastikan perjalanan ibadah yang selesa, teratur dan bermakna. Selain itu, kami turut menawarkan pelbagai pakej Pelancongan dalam dan luar negara yang direka khas untuk memenuhi keperluan pelanggan.
Abir Travel & Tours juga menyediakan pakej Qurban di negara² terpilih, dengan pengurusan yang telus dan amanah bagi memastikan ibadah dilaksanakan dengan sempurna.
Kami komited untuk memberikan perkhidmatan yang profesional, dipercayai dan berkualiti bagi setiap pelanggan kami. Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami.
